Pengikut

Ahad, 14 Januari 2018

Buku Wajib Miliki: Rahsia Tatabahasa dan Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Saya bukanlah penulis sepenuh masa. Kerja hakiki saya ialah guru. Lebih tepat, guru Bahasa Melayu.
Apabila menjadi guru Bahasa Melayu, sudah pastilah harus terampil menggunakan bahasa Melayu yang betul dan dengan betul. 

Begitu jugalah apabila menjadi seorang penulis. Penulis yang menulis dalam bahasa Melayu, diharapkan dapat menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam apa-apa jua medium. 

Jika kita boleh menggunakan bahasa yang betul ketika menghasilkan karya, kenapa tidak ketika kita menggunakan media sosial?

Kerjaya guru Bahasa Melayu amat membantu dan melatih saya untuk menulis dengan betul. Sebab itulah, guru dan penulis disarankan memiliki Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan sebagai rujukan.

Selain itu, guru dan penulis juga digalakkan memiliki buku berkaitan pembelajaran Bahasa Melayu untuk menambahkan ilmu. Adakala apa-apa yang hendak disampaikan tidak sampai kepada pembaca kerana kelemahan penulis menggunakan bahasa dengan betul.

Buku terbaru yang saya miliki ialah:
1. Rahsia Tatabahasa - Jilid 1
2. Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan - Cikgu Ghalib Yunus Jilid 1-3

Setelah membelek-belek sepintas lalu kerana buku ini baru sahaja sampai, saya boleh katakan buku ini amat bagus. Boleh lihat petikan kandungan buku-buku ini dan contoh tulisan yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan ini bersifat mudah dan mesra pembaca. Pembaca bertanya dan beliau menjawab. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar sekolah, guru, malahan penulis dan editor.

Saya yakin, kekeliruan penggunaan kata, frasa, klausa, ayat, tanda baca dan ejaan dan imbuhan yang kerap kali berlaku akan terjawab apabila pembaca membaca buku ini.

Masih keliru penggunaan terguris atau tergores? Menghiasi, menghias atau menghiaskan? Didoakan, berdoa atau mendoakan? Membasahkan atau membasahi? Menambah atau menambahkan? Apabila atau ketika? Objektif atau matlamat? dan banyak lagi.

Bolehlah dapatkan buku-buku ini daripada Cikgu Nora Markom yang merupakan pengedar rasmi buku Cikgu Abdul Ghalib Yunus.

Rahsia Tatabahasa - RM15
Soal Jawab Jilid 1 - 3 - RM50
Kos pos laju (semenanjung) - RM11

#bukubaharu #penulis #gurubahasa #tatabahasa #soaljawabbahasa

Mohd Helmi Ahmad
Tidak Salah Belajar daripada Terus Tidak Tahu.

4 ulasan:

  1. Selamat petang , saya ingin membeli buku-buku tersebut .Bagaimana saya dapat menghubungi Cikgu Nora? Terima kasih .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat petang. Boleh cuba cari Facebooknya. Saya nak bagi nombor telefon di sini, terbuka sangat.

      Padam
  2. Selamat petang , Bagaimana saya dapat menghubungi Cikgu Nora untuk membeli buku-buku tersebut? Terima kasih .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat petang. Boleh cuba cari Facebooknya. Saya nak bagi nombor telefon di sini, terbuka sangat.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78