Dewan Tamadun Islam April 2014 |
Alhamdulillah, setelah lama saya tidak menukang karya terutama puisi saya mendapat perkhabaran bahawa puisi saya yang berjudul Simpang ke Akhirat disiarkan di Dewan Tamadun Islam, April 2014 terbitan DBP. Bertambah terujanya saya lagi apabila puisi ini merupakan puisi pertama saya yang disiarkan di majalah ini setelah beberapa kali menghantar karya sebelum ini.
Bagaimanapun, belum sempat lagi saya melihatnya kerana majalah ini belum berada di tangan saya. Sebelum ini artikel saya yang tersiar di Pelita Bahasa, Mac 2014 juga belum saya tatap. Pernah juga dicari majalah ini di pasaran tetapi habis. Insya-Allah, pasti di PBAKL nanti majalah-majalah ini akan menjadi buruan saya.
Saya rindu untuk menulis seperti pada awal pembabitan saya dalam dunia penulisan. Saya begitu ghairah menghantar karya. Sehingga kini, saya masih mencari rentak itu kembali. Saya tidak rela kehilangannya.
Nota: Masih sabar menanti penerbitan kumpulan puisi remaja saya yang pertama yang dikhabarkan kemungkinan terbitnya pada bulan Julai nanti.

Nyimak saje saya disini :)
BalasPadamTerima kasih kerana sudi bertandang ke sini.
PadamSalam Cikgu Helmi;
BalasPadamWah, syabas dan tahniah, teruskan usaha-usaha yang bermanfaat itu cikgu, khalayak pasti membacnya, pasti dan pasti kejayaan bakal di hadapan sana.
Saya tunggu buku puisi cikgu.
Waalaikumusalam Tuan Masshah, terima kasih atas ucapannya. Insya-Allah, saya akan terus menulis selagi berdaya.
PadamKalau dah terbit nanti akan saya maklumkan di sini ya.
Waalaikumusalam Tuan Masshah, terima kasih atas ucapannya. Insya-Allah, saya akan terus menulis selagi berdaya.
PadamKalau dah terbit nanti akan saya maklumkan di sini ya.
Ya allah....
BalasPadamtahniah buat helmi..
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamAlhamdulillah...tahniah cikgu. Semoag pengiktirafan tersebut menjadi pembakar semangat kepada cikgu untuk terus berkarya...
BalasPadamAlhamdulillah.. syabas & tahniah buat cikgu Helmi. Pengiktirafan yg sgt baik utk kecemerlangan masa hadapan.. teruskan berkarya utk kebaikan insan cikgu Helmi...
BalasPadamteruskan usaha cikgu,
BalasPadaminsya ALLAH jumpalah balik rentak tu =)
Wah ternyata cikgu memang hebat
BalasPadamTahniah sekali lagi