Pengikut

Rabu, 23 April 2014

SAPS: Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

Assalamualaikum.

Dua minggu lagi, Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 akan bermula di sekolah saya. Jadi, guru-guru sedang sibuk menggubal soalan peperiksaan ini, termasuklah saya. Selama itu juga saya semakin menyepi dalam menerbitkan entri. Sengaja saya tidak menerbitkan entri untuk memberi peluang kepada diri saya untuk berehat. Dalam tempoh "rehat" itu sebenarnya kesihatan saya tidak berapa baik dek tekanan kerja di sekolah dan perubahan cuaca. 

Setelah keputusan peperiksaan diumumkan nanti, ibu bapa juga boleh mengakses Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS, untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak mereka. 

Klik di sini untuk masuk ke laman tersebut. 


Pada laman tersebut, ibu bapa akan melihat ruangan MENU yang disediakan. 
Ibu bapa perlu klik ikon SEMAKAN IBUBAPA

Ibu bapa akan dibawa ke laman Log In yang mana ibu bapa perlu memasukkan No KP/Sijil Lahir, klik Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan tahun 2014. Seterusnya, klik Semak Laporan

Untuk lebih mudah, klik saja pada pautan ini 



Selamat mencuba!

Peringatan: Sistem SAPS hanya digunakan untuk murid Tahun 5 dan 6 sekolah rendah dan Tingkatan 4 dan 5 sekolah Menengah. Untuk semakan murid Tahun 1 hingga 4 sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga 3 sekolah menengah akan saya maklumkan kemudian jika ada sistem semakan yang dibuka setelah SPPBS dihentikan.


7 ulasan:

  1. kerja sebagai guru sungguh membebankan sekarang ni...harap cikgu bersabar dan lakukan yg terbaik. Keiklasan mendidik anak2 bangsa sgt besar jasanya... Semoga segala urusan cikgu dipermudahkan...amiin.

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan & usaha cikgu Helmi dlm mendidik anak bangsa... aamiin.

    BalasPadam
  3. wah sekarang nak canggih rupanya
    tak pernah tahu pula
    tahun depan afif baru masuk darjah 1 =)

    BalasPadam
  4. mmmmm,,zaman dah moden,,semuanye nk canggih,,betul x???

    BalasPadam
  5. NK CARI MKR PEPERIKSAAN TK JUMPAK

    BalasPadam
  6. knp x leh msuk SAP Ibubapa tahun 1

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78