Pengikut

Rabu, 8 Januari 2014

Durian Runtuh RM 5 Juta Untuk Penulis Malaysia

Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada para pemenang Sayembara Novel, Cerpen dan Puisi anjuran ITBM-PENA-BH. Majlis penyampaian hadiah tersbeut telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Pengumuman pertambahan dana RM 5 juta lagi yang akan disalurkan kepada ITBM untuk terbitan karya asli penulis muda pasti dapat menyuburkan lagi penerbitan buku sastera di Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan yang prihatin akan soal pembangunan jiwa melalui sentuhan sastera yang halus dan seni sifatnya.

kredit artikel dari ITBM dan BH


Antara hasil dana yang diperoleh ITBM pada 2011, inilah. Sangat membanggakan. 

kredit foto dari FB ITBM

Reka bentuk kulit buku ITBM bagi saya setakat ini sangat mengujakan dan segar. Tak sabar nak membelinya nanti. Seperti identitinya juga, buku ITBM banyak tampil dengan komposisi putih. 

13 ulasan:

  1. cantik rekebentuk kulit buku itu.. nampak lebih moden dan segar.. :D

    BalasPadam
  2. prnh nak cuba masuk hr tu, tp terkandas, rasa mcm tak layak jer..huhu

    BalasPadam
  3. Wah..sangat menarik! Memberi inspirasi sungguh ni cikgu.Saya pun ada baca
    berita tentang ini..Tiba-tiba saya rasa ada semangat nak menulis..hehe..:)

    BalasPadam
  4. Banyak tu..penghargaan kepada Insan seni!!!

    BalasPadam
  5. wah...boleh tahan..

    BalasPadam
  6. susah nak dapat buku2 terbitan ITBM di mana2 kedai buku di Sg petani. kalau ada pun melalui karnival buku yang jarang2 diadakan (syarikat luar kedah).. dalam simpanan dan pembacaan saya pun tak banyak (dok cari buku Tetamu Istimewa hingga ke Kedai Buku 1 Malaysia, UTC Perak) namun masih belum kesampaian

    BalasPadam
  7. Haah, serius mcm menarik ni. Saya xpernah pun amik tau tentang hal ni tau. Sekarang dah dpt info okey lah..

    BalasPadam
  8. Peruntukan sudah diberi...semoga lebih banyak hasil yg berkualiti diterbitkan.

    BalasPadam
  9. Menarik ni... usaha-usaha untuk memartabatkan insan-insan dan karya seni tanah air.

    BalasPadam
  10. wahhh... cantik.... banyak tu nilainya...

    BalasPadam
  11. Setuju dengan cikgu. Reka bentuk kulit buku ITBM nampak sangat elegan dan menarik!

    BalasPadam
  12. Semoga memberi inspirasi semangat kpd penulis2 tanah air.. t kasih diatas perkongsian maklumat ini, cikgu Helmi..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78