Pengikut

Ahad, 29 Disember 2013

Harry Potter Bakal ke Pentas Teater

J.K.Rowling

Menjadi seorang penulis, melihat karya yang dihasilkan dapat ditatap dalam pelbagai bentuk, sumber dan cabang adalah impian yang diidam-idamkan. 

Inilah yang dirasai sekarang oleh penulis bernama J.K. Rowling. Siapa tidak kenal penulis siri Harry Potter ini yang telah mencetus satu fenomena penerbitan buku yang sangat membanggakan.

Perkembangan terkini, setelah novel terkenalnya Harry Potter difilemkan, kini dikatakan naskhah ini bakal di bawa ke pentas teater pula.  Beliau akan menjadi penerbit bersama dengan Sonia Friedman dan Colin Callender. 

Bagaimanapun, beliau dikatakan tidak akan menulis skrip teater tersebut. Siapakah penulis skrip yang akan diberi tanggungjawab itu? Pasti akan dimaklumkan kelak.

Sebagai rekod, naskhah Harry Potter telah terjual sebanyak 450 juta salinan.

13 ulasan:

  1. wah..adik kathy lengkap sudah novel series harry potter ni...semua diorang ni penggemar harry potter kecuali kathy..hehehehe..

    BalasPadam
  2. wah.. mesti menarik jika harry potter dibawa ke pentas teater..

    BalasPadam
  3. cerita kegemaran dari dulu hingga sekarang.. tengok banyak kali pun tetap tak jemu... :)

    BalasPadam
  4. alamak... tak pernah tengok lah cite ni

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    BalasPadam
  5. wauuu keren ya ma broo
    motifasi nihhh
    jadi orang seperti ini luar biasa juga ya

    BalasPadam
  6. Rezeki dia...bukan semua orang berbakat utk berfantasi dan menulis sebuah cerita.

    BalasPadam
  7. saya pun gemar cerita fantasi tu
    tapi pembacaan lebih menarik dari layar perak
    mungkin disebabkan imaginasi sendiri =)

    hopefully pementasan tidak menghampakan

    BalasPadam
  8. hebat dia nih . hanya dgn menulis , dia jadi popular dan berharta . saya x pernah jemu tgk movie harry potter .

    BalasPadam
  9. Saya xminat cerita or filem harry potter ni. Serius xminat fiksyen yg mengarut2 ni. Hehehe

    BalasPadam
  10. xprnah pun baca..tapi movienya best gk..

    BalasPadam
  11. Fantasi org2 mcm ni hidup dlm minda org2 yg membaca penulisannya...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78