Pengikut

Khamis, 26 Disember 2013

7 Bintang Indonesia Bertaraf Antarabangsa

Assalamualaikum semua.

Sehari dua lagi saya akan pulang ke Batang Kali. Minggu depan mesyuarat untuk tahun 2014 akan bermula. Oh, rasa sedih pula nak tinggalkan keluarga dan kampung. Jadi, masa yang berbaki ni perlulah saya manfaatkan sebaik mungkin.

Pasti dalam kalangan rakyat Malaysia, ada yang meminati dan mengikuti perkembangan artis atau bintang dari Indonesia. Sebenarnya, saya tidaklah mengikuti perkembangan dunia hiburan ini sangat. Sekadar santai-santai, mari sama-sama kita lihat, bintang manakah yang bertaraf antarabangsa. Dalam 7 senarai ini, saya hanya kenal AGNES MONICA sahaja. 

7 Bintang Indonesia Bertaraf Antarabangsa

1. JOE TASLIM

Mula terkenal menerusi filem The Raid:Redemption dan boleh melakonkan babak aksi. Bekas atlet judo ini ditawarkan berlakon dalam filem Fast and Furious 6.

2. AGNES MONICA
kredit foto dari hawtcelebs.com 
Pernah berduet dengan penyanyi Amerika Syarikat, Keith Martin, pernah berlakon dalam drama The Hospital dan Romance in the White House di Taiwan. Mewakili Indonesia dalam Festival Muzik Asia-Jepun.

3. PAUL AMRON YUWONO
kredit foto dari zulkifli19.wordpress.com 
Menetap di Amerika Syarikat sebagai penata rias bagi keluarga Presiden Barrack Obama.

4. SANDHY SONDORO
kredit foto dari noise-harmony.blogspot.com
Menghasilkan album indie hasil ciptaanya sendiri menerusi Why Don't We. Selain, kebolehannya menghayati muzik soul dan blues dengan baik.

5. PAMELA HALOMOAN
kredit foto dari zulkifli19.wordpress.com
Terlibat dalam bidang animasi dan pernah menghasilkan karakter Wolly muka seekor babi dengan mata separuh terbuka dengan gabungan anggota haiwan yang lain.

6. ANGGUN C.SASMI
kredit foto dari tamashigeijutsu.wordpress.com
Pernah merakamkan album seawal kanak-kanak menerusi Dunia Aku Punya. Pernah diangkat sebagai penyanyi rock wanita popular di Indonesia.

7. IKO UWAIS
kredit foto dari heyuguys.co.uk 
Terbabit dalam bidang lakonan menerusi filem The Raid: Redemption.

Rujukan: Mingguan Malaysia

Malaysia juga mempunyai artis atau bintang bertaraf antarabangsa. 

13 ulasan:

  1. semenjak dua menjak ni
    banyak pula cerita cikgu pasal bebenda gini
    seronok juga baca =)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum! K'Yus suka agnes!! hehe.. Salam kenal.. K'yus dtg balas kuunjungan.. ;)

    BalasPadam
  3. ramai juga selebriti antarabangsa mereka, tapi penduduknya jauh lebih ramai dari kita

    BalasPadam
  4. kita ada dato' siti nurhaliza...:)
    kalau dulu datuk sudirman kan..:)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum wbt.

    owh cikgu kena senaraikan 7 artis Malaysia di peringkat antarabangsa pula lah yer...
    erm dato'michele yeoh, yunalis, datuk sheikh? erm ehehehe...at least tau yang tu jer....kot....

    BalasPadam
  6. kenal agnes monica dan anggun saja..

    BalasPadam
  7. mama juga kenal agnes dan anggun saja, lain... tak kenal... hihihi

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    BalasPadam
  8. anggun dan agnes je kenal...

    BalasPadam
  9. Saya meminati juga Sandhy Sondoro.. ok juga dia.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78